| Perutusan Pengarah |
|
|
|
|
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Syukur Alhamdullilah kerana dengan limpah dan inayah Nya, Jupem (Sarawak) telah dapat membangunkan laman web yang diharap dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada warga dalaman tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya. Dalam usaha mendepani pengaruh globalisasi, liberalisasi dan perkembangan pantas teknologi maklumat dan komunikasi, laman web ini dilihat sebagai satu mekanisme terbaik bagi Jabatan kami untuk menyebar luas maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti dan seterusnya menyediakan perkhidmatan yang efisien dan telus, di samping kesediaan kami untuk berinteraksi secara terus dengan rakyat. Adalah diharapkan perhubungan dua hala yang diwujudkan melalui laman web dapat membentuk jalinan yang kukuh bagi kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Jabatan kami akan cuba sedaya upaya untuk menentukan maklumat-maklumat yang dipaparkan dalah tepat dan terkini. Terima kasih kerana melayari laman web Jupem (Sarawak). Pengarah Ukur Topografi Sarawak. |




