| Dasar Keselamatan |
|
|
|
|
JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Adalah menjadi dasar Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama. Khususnya, dasar Jabatan ialah :
Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan carakerja yang selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah memastikan kejayaan misi kita. Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang telah dirancang.
(DATO’ HAMID BIN ALI) KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA Januari 2006 |



