|
Penularan wabak Influenza A kian meningkat
dari hari ke hari. Sebagai langkah pencegahan, langkah-langkah awal perlu
diambil bagi menangani wabak ini dari terus berleluasa. Setiap individu perlu
mengetahui etika ketika batuk. Penutupan mulut ketika batuk atau bersin adalah
penting kerana penyakit ini merebak melalui batuk dan bersin. Penyakit ini boleh
merebak dengan mudah di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
Melalui
cara memakai penutup mulut dan hidung, elak pergi ke tempat sesak, palingkan
muka daripada orang lain dan makanan, elak kongsi sapu tangan atau tuala dengan
orang lain dapat mengelakkan penyebaran kuman-kuman yang membuat anda dan orang
lain turut dijangkiti. Selain itu, kesihatan diri dari aspek membasuh tangan
adalah amat ditekankan dalam menangani wabak ini dari terus
menular.
Gejala-gejala wabak ini ialah seperti mengalami kesukaran
bernafas yang laju daripada biasa atau tanda-tanda kebiruan di bibir, batuk
berdarah atau terdapat campuran darah dalam kahak. Kemungkinan juga berlaku
kelakuan yang ganjil, kecelaruan, kurang bertindak balas dan sawan serta berasa
pening ketika berdiri atau kurang penghasilan air kencing merupakan tanda-tanda
positif kepada wabak ini. Jika anda mengalami sakit dada yang berterusan,
cirit-birit atau muntah berterusan, demam berlanjutan melebihi tiga hari adalah
dinasihatkan ke hospital berhampiran dengan segera.
Laman Web Rasmi Influenza A(H1N1) http://h1n1.moh.gov.my/ |