| Dasar ICT |
|
|
|
|
a. Menggunakan peralatan yang diberikan dengan cermat, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; b. Tidak akan menggunakan dengan cara yang mungkin menyebabkan kerosakan atau penyalahgunaan untuk kepentingan peribadi; c. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan peralatan dan aksesori yang dibekalkan kepada saya sepanjang tempoh penggunaan. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan tersebut (termasuk aksesori) kerana kecuaian saya, maka saya sanggup menanggung ganti rugi sepenuhnya; d. Memulangkan semua peralatan dan perisian sama ada yang asal atau salinan dengan kadar segera sekiranya saya bertukar, berhenti atau bersara daripada JUPEM (Seksyen Topografi Sarawak); e. Tidak akan menyalahgunakan peralatan ICT untuk memproses dan menyimpan bahan-bahan yang tidak diingini atau yang salah di sisi undang-undang;
f. Tidak menyalahgunakan Internet dan emel Jabatan; dan
g. Mengambil tindakan seperti backup untuk melindungi dan mengelakkan fail-fail dan data dalam system daripada hilang atau corrupt.
|



