|
Berikut adalah cara membuat permohonan pembelian peta / foto udara dari pejabat JUPEM Kuching, Sarawak dan pejabat JUPEM Cawangan di Miri. Semua borang permohonan boleh diperolehi dari kaunter pejabat JUPEM secara percuma. Pembelian Peta Terhad / Foto Udara 1. Isikan 3 salinan borang permohonan pembelian peta / foto udara dengan lengkap diiringi dengan surat sokongan dari perbadanan / jabatan atau firma. | Borang Jabatan Kerajaan | ( Borang PPNM 1-A (81) Pind. 1 / 92 ) | | Borang Pihak Swasta | ( Borang PPNM 1-A Pind. 1 / 98 ) | 2. Bagi permohonan pihak awam perlu dilampirkan bersama salinan kad pengenalan pemohon. Satu salinan sijil pendaftaran syarikat / perniagaan / pertubuhan dan salinan kad pengenalan / surat wakil (jika dilantik untuk mengambil peta) . 3. Hantar ke kaunter jualan peta JUPEM. 4. Tempoh proses permohonan : (i) Pihak Awam - 3 Minggu / Sebulan bergantung pada tapisan keselamatan dari Pihak Polis (ii) Pihak Kerajaan / Badan Berkanun - Boleh dibekalkan terus sekiranya borang permohonan diisi dengan lengkap serta dilampirkan bersama surat iringan dan salinan sebenar kad pengenalan pemohon. 5. Permohonan bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu melalui perpustakaan. 6. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui pesanan kerajaan atau cek bagi bayaran yang melebihi RM 30.00 |