Memastikan pengurusan informasi dan rekod-rekod ukur, pemetaan dan geografi jabatan berkualiti, efisyen dan berkesan selaras dengan keperluan negara bagi tujuan perancangan, pembangunan dan keselamatan. Menentukan kepentingan dan kedaulatan negara terpelihara dalam menentukan, menanda dan mengukur sempadan antarabangsa. Memastikan penyediaan tenaga manusia terlatih dan mahir dalam bidang ukur dan pemetaan tercapai selaras dengan wawasan negara.
|
|
|
|
|