Memastikan data-data ukur dapat diakses dan diperolehi melalui e-commerce pada bila-bila masa. Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan / pembelian bagi setiap salinan data ukur / peta tidak terhad di Kaunter JUPEM dapat diuruskan dalam masa 1 jam. Memastikan foto udara dan peta terhad dibekalkan dalam masa 2 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan. Menyedia serta membekalkan data-data ukur untuk penyediaan suratan hak milik ke Pejabat Tanah / Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh 7 hari dari penerimaan permohonan yang sempurna dan teratur. Memastikan pengeluaran nombor-nombor lot dilakukan dalam tempoh tidak melebihi 1 minggu dari tarikh permohonan daripada Jurukur Tanah Berlesen. Memproses Pelan Strata dalam tempoh 55 hari dan Pelan Akui Strata dalam tempoh 80 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur. Memastikan penyemakan ke atas kerja-kerja Jurukur Tanah Berlesen disiapkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap dan teratur. Menyiapkan kerja ukur kadaster sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak melebihi 10 bulan dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur. |
|
|
|
|