Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Sentiasa sabar, tenang dan cekal dalam semua situasi. Benar, tulus dan ikhlas dalam menjalankan sebarang urusan. Berdisiplin dan berhemah tinggi. Yakin, tepat, adil dan konsisten dalam membuat keputusan. Sentiasa mengamalkan ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akauntabiliti. Menjalankan semangat kerjasam, muhibbah dan kasih sayang di semua peringkat. Berbangga menjadi warga JUPEM dan sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan. Memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Berusaha memastikan produk-produk jabatan adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Sentiasa berwaspada dalam pengendalian maklumat tanpa membocori rahsia Negara kepada pihak yang tidak berhak menerimanya.
|
|
|
|
|