|
Ketua Unit : Encik Gordon Ak Tom, Pembantu Teknik Ukur , J36 Deskripsi Tugas Objektif - Mengurus segala aktiviti semasa rancangan ukur bagi penandaan dan pengukuran serta siasatan, tanampastian dan senggaraan sempadan antarabangsa Malaysia (Sarawak) dengan Negara jiran/sempadan negeri antara Sarawak dengan Negeri jiran dilaksanakan.
Fungsi - Mengurus segala aktiviti semasa rancangan ukur bagi penandaan dan pengukuran serta siasatan, tanampastian dan senggaraan sempadan antarabangsa Malaysia (Sarawak) dengan Negara jiran/sempadan negeri antara Sarawak dengan Negeri jiran dilaksanakan.
Aktiviti Utama - Urusan Siasatan, Tanampastian dan Senggaraan Sempadan Antarabangsa Malaysia (Sarawak) – Indonesia (Kalimantan Barat).
- Urusan Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa.
- Urusan mesyuarat sempadan antarabangsa/negeri.
- Urusan menyimpan data-data sempadan dalam bentuk digital.
- Kajian kes di sempadan antarabangsa Malaysia (Sarawak) dengan Negara jiran/sempadan negeri antara Sarawak dengan Negeri jiran.
|
|
|
Unit Pengurusan Maklumat Topografi |
|
|
|
|
Ketua Unit I : Encik Yusup bin Sidi, Pembantu Teknik Ukur, J36 Ketua Unit II : Tuan Haji Che Mustapa bin Mat Yasin, Pembantu Teknik Ukur, J36 Deskripsi Tugas
Objektif
- Memberi perkhidmatan kaunter serta memastikan pengurusan informasi maklumat topografi dan geodesi Negeri Sarawak secara berkualiti dan efisien kepada agensi kerajaan dan pihak awam selaras dengan keperluan konsumer.
Fungsi - Menyediakan sistem pengawalan dan pengesanan failkerja ukur, fail teknikal dan rekod/dokumen ukur, pemetaan dan geografi.
- Membuka, mendaftar dan menguruskan pergerakan fail ukur dan teknikal
- Menyusun dan mendokumentasi rekod-rekod ukur, pemetaan dan geografi serta mengawalselia penyimpanannya.
- Menyedia laporan kemajuan jabatan, kawalan peta, hasil jualan dan mengurus surat menyurat teknikal.
- Menguruskan perkhidmatan informasi dan konsumer termasuk jualan peta dan data ukur geodesi
- Menguruskan kutipan hasil jabatan
- Menguruskan keselamatan dokumen-dokumen dan rekod-rekod ukur supaya sentiasa berada dalam keadaan teratur dan selamat.
|
Ketua Unit : Encik Mohamad Roslan bin Entol, Penolong Pegawai Tadbir, N32 Deskripsi Tugas
Objektif
- Memberi khidmat sokongan yang cekap dalam mendukung objektif jabatan ke arah mencapai matlamat dan wawasan kerajaan.
Fungsi
- Pentadbiran Am Jabatan yang meliputi pemantauan kebersihan, kekemasan dan keselamatan pejabat, menyelenggara kemudahan dan kelengkapan pejabat dan menyelenggara Sistem Fail dan Rekod Jabatan.
- Urusan Perkhidmatan kakitangan sperti pengesahan lantikan, perlanjutan tempoh percubaan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pemangkuan dan kenaikan pangkat, penanggungan kerja, opsyen, tatatertib, cuti, persaraan dan pencen, Anugerah Perkghidmatan Cemerlang, kenaikan serta anjakan gaji, pertukaran anggota, Penilaian Tahap Kecekapan, peperiksaan awam, kursus, latihan dan lain-lain.
- Hal-hal Kewangan yang merangkumi penyediaan cadangan belanjawan, pengurusan peruntukan Belanja Mengurus dan Pembangunan, Perolehan, Pembayaran dan Perakauanan Jabatan.
|
|
|
|
|
|
|